Wednesday, 4 July 2012

ukiran kayu besut from jurukir



Ukiran Relief Ayah Chik Zainal ( Besut, Terengganu )


 Ayah chik zainal merupakan salah seorang penggiat seni ukiran kayu.Beliau berkebolehan menghasilkan ukiran-ukiran kayu,senjata-senjata melayu seperti keris, dan lain-lain.Beliau juga amat berkebolehan menghasilkan karya-karya lukisan pemandangan tradisional.


Ini merupakan salah satu karya beliau.Lukisan ini memaparkan aksi nelayan-nelayan tradisional di besut satu ketika dulu.ukiran pemandangan ini mengambil masa selama 2 bulan untuk disiapkan.Berkat ketekunan, minat dan usaha beliau, inilah hasilnya.Lukisan ini telah dijual dengna Harga RM 8k.
ImageImageImage
Sebelum beliau mula mengukir lukisan, beliau akan membuat kajian lokasi dan bentuk-bentuk objek yang hendak di ukir seperti perahu tradisional, berdasarkan tema tempahan pelanggan.Selepas itu, lakaran dibuat diatas kayu.Setiap lakaran diolah mengikut kesesuain saiz dan kuantiti bagi menampakkan seni dan kehidupan sesebuah lukisan. 
                ImageImage
Setelah lakaran siap, lukisan itu akan di router bagi membentuk struktur bahagian-bahagian yang timbul dan tenggelam.Langkah ini bertujuan untuk memudahkan proses mengukir di jalankan di samping menjimatkan masa.
                        ImageImage
Proses membentuk pemandangan di lakukan dengan teliti bagi memastikan kesilapan tidak di lakukan.Proses ini memakan masa dan memerlukan kesabaran serta kreativiti bagi memastikan lukisan menampakkan kelembutan dan hidup dari segi bentuk perahu,nelayan yang lalu lalang dengan pukat dll.
Image
Inilah hasilnya seni unkiran Ayah Chik Zainal..Marilah sama-sama renungkan hasil kerja beliau..Martabatkan seni ukiran besut di persada dunia….sekian,

3 comments:

  1. salam. macamna saya nak hubungi tokoh ayah chik zainal ye.ataupun biodata penuh beliau semasa di awal pembabitan beliau dalam bidang seni ukir? saya pelajar dari upsi sedang menjalankan kajian tentang karya seni ukir beliau. terima kasih

    ReplyDelete